Saturday, July 21, 2012

kering kontang

minggu ni ujian kuat betul. minggu ni sahaja, dah berapa kali kau cakap, kita putus. aku jeling barang-barang selonggok tu, aku rasa useless. yelah, salah aku, ayah... hati ni dah bisu. tak ada kata. semua buruk aku. bila depan mata, kenapa tak pernah luah? kenap sumpah kata boleh tabah? kenapa sumpah kata cinta? harini kau minta putus lagi. aku ni apa? useless. aku ni apa? sampah. aku ni apa? perempuan bodoh. aku ni apa? selfish yang tahu nak duet kau. duet kau tu untuk apa? duet kau banyak sangat tu kerja teruk siang malam tu dulu kau janji untuk apa? ya, salah ayah aku. ya. mak ayah kau agong sangat. demi kerana cinta, apa patut aku buat? sekarang minta putus, sekarang baru sedar semuanya? nak tunjuk salah siapa? nak tunjuk semua salah aku dengan perangai yang tak menepati cita rasa kau. yang selama ni kau dah banyak bersabar tapi kali ni tak lagi sebab dah memang tak tahan dengan perangai aku. perasaan aku, hati aku, sakit aku, kita campak lah jauh2, tak perlu tahu tu semua. tak pernah penting lansung. sebab aku ni apa sebenarnya? perempuan bodoh. perempuan bodoh faham tak? yang tak perlu jaga maruah mak ayah dia, yang kena anggap semua ini takdir & ada hikmah sebaliknya. yang hatinya boleh kata, sabar, ini ujian. yang boleh terus hadapi semua ini sebab faham, Tuhan sayang aku. macam tu kan? iya, macam tu. sekarang nampak, dah bijak kan? untuk yang terakhir, kau patut bersyukur, aku tak pernah buat kau merayu untuk dapatkan cinta aku. tak pernah sekali. :)

No comments: