Monday, August 22, 2011

ramadhan karim.

semakin hari semakin kotor
setiap hari ada rasa marah ada rasa sakit ada rasa sangsi
kerana apa semua ini?

kerana apa?

segala persoalan diaju lagi
kemusykilan yang dulu jauh dibuang kini kembali
takut dengan bayangan yang sememangnya tidak pasti

sakit, lemas!

sang hati oh sang hati

kalau boleh digosok disental masa mandi...

memang boleh.
dengan ayat penerang hati.

ikhlas, tawaduk, kemari kalian,
dampingi aku.
temani aku.

aku mahu jumpa Dia lagi.

aku mahu usaha lagi.
tolong.

No comments: