Friday, January 15, 2010

shuh shuh sepi

sometimes something yang kita selalu ternanti-nanti, selalu rasa tak sabar nak terjadi, selalu harap cepat-cepat terjadi, end up dengan kehampaan. it happens to her. like always.
2minggu lepas nampakkan, betapa eager nya dia, betapa besarnya gelombang semangat harapan baru dia. tapi hari ni semua tu macam tak pernah wujud.
susah rupanya nak hidup seperti yang dirancang. susah sungguh nak capai standard insan ideal yang dia cita-citakan. susah bila diri banyak sangat kelemahan.
hidup dia bosan. hidup dia sunyi. dia percaya ada jalan yang boleh bawa dia keluar dari kegelapan. tapi dia tak jumpa. dia percaya, dia harus terus berusaha mencarinya. tapi baru 2minggu..dia dah tak larat.
dalam kelas dia tak berani berkawan. pelik? sebab dia malu. dia penat. always explaining the same thing. repeat the same line betul2 buat dia rasa mual. pulang rumah, terus kosong. dia tak rasakan ada jiwa di situ selepas peristiwa lepas. hilang percaya. oh, dia pernah kata, untuk mula yang baru, buang yang lama itu jauh2. rupanya tak senang. sebab diri banyak sangat kelemahan. sakit tu dia lepas kepada satu jiwa yang dia sayang. tapi malang. satu jiwa yang dia sayang sibuk berjuang untuk terus hidup. hidup yang jauh lagi sukar dari hidupnya.
keadaan sekarang jadi hodoh.
satu jiwa yang dia sayang tak faham, dan tak ada masa untuk faham.
hentahlah. dia cuma harap, diri dia terus kuat, terus matang. terus kuat, terus matang. lupakan kesepian.

No comments: